mcmc
Maklumat NADI

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Pegoh

Pusat Internet Satu Malaysia (Pi1M)

Pusat Internet Satu Malaysia (Pi1M) telah dibentangkan di dalam Bajet 2013 merupakan program usahasama pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di kawasan Program Perumahan Rakyat. Kawasan tumpuan adalah di bandar-bandar terpilih di seluruh negara. Kawasan yang terlibat adalah sebanyak 100 buah kawasan. Pelaksanaan secara berperingkat telah mula pada tahun 2013.

Antara kemudahan perkhidmatan yang disediakan merangkumi capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan WI-FI, kemudahan teknologi maklumat terkini seperti 20 buah komputer berserta perisian, faksimili, percetakkan, program latihan teknologi maklumat dan pembangunan modal insan dan aktiviti berkaitan yang akan dilaksanakan oleh pengurus dan pembantu pengurus di setiap Pi1M. 

Pihak pengurusan Pi1M dibantu Sistem Pemantauan Berpusat akan sentiasa memantau akitiviti penggunaan komputer untuk mengelak sebarang penyalahgunaan. Pihak Pi1M juga turut melaksanakan kempen kesedaran dan tatacara penggunaan internet kepada pengguna.

Pi1M terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia. 

Untuk menikmati kadar yang lebih murah bagi setiap perkhidmatan dan kemudahan, pengguna digalakkan untuk mendaftar sebagai ahli Pi1M.

Setiap latihan yang dikelolakan oleh pihak Pi1M adalah PERCUMA.