mcmc
Maklumat NADI

Maklumat Pi1M

 

 

 Pi1M Pegoh Kg Pegoh

Balairaya Kg Pegoh

Bt 16 1/4 Kg Pegoh 

78000 Alor Gajah 

Melaka

 

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan telah dilaksanakan oleh Telekom Malaysia (TM) dan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd. Projek ini bertumpu kepada kawasan penduduk yang berpendapatan rendah terutamanya di kawasan luar bandar dan pinggir bandar. 

 

Objektif utama adalah untuk memberikan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan tentang teknologi komputer dan internet, meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) dan merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan. 

Perkhidmatan yang disediakan adalah capaian internet jalur lebar berkelajuan tinggi, perkhidmatan WiFi bagi capaian penduduk sekitar, kemudahan tekonologi maklumat seperti 20 buah komputer lengkap dengan perisian, pencetak dan pengimbas, program latihan ICT dan pembangunan modal insan serta aktiviti berkaitan yang akan diuruskan oleh pengurus dan penolong pengurus. Selain itu juga, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) juga menawarkan perkhidmatan dan latihan kepada pengguna dan penduduk sekitar seperti program pembangunan modal insan dan keusahawanan, kempen kesedaran ICT dan perkhidmatan E-Government.

Penggunaan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira usia. Pendaftaran sebagai ahli hanya RM5.00 seorang (sekali seumur hidup). Ahli Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) juga layak mengikuti kelas-kelas ICT dan aktiviti berkaitan secara PERCUMA. 

 

WAKTU OPERASI

9.00 pagi  – 6.00 petang

(SETIAP HARI kecuali CUTI UMUM)

Rehat  : 1.00 petang – 2.00 petang (SABTU – KHAMIS)

              12.30 tengahari – 2.30 petang  (JUMAAT)

Alamat

Balairaya Kampung Pegoh

Batu 16 ¼ Kampung Pegoh

78000 Alor Gajah

Melaka

Email

pegoh@pi1m.com.my

Portal

pegoh.pi1m.my

Facebook

https://www.facebook.com/Pusat-Internet-1-Malaysia-PI1M-Pegoh-421563901249318/

Petugas

Pengurus                     : NURAISYAH BINTI NODIN                                      

Penolong Pengurus       : MOHD AZRIL BIN ASHARI