mcmc
Maklumat Setempat

Jangan Lupa Membawa Sejadah Sendiri Ketika Ke Masjid dan Surau

Bermula 1 April 2022, Jemaah dibenarkan melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf tanpa perlu mengadakan penjarakan fizikal antara Jemaah.

Namun, adalah diingatkan bahawa Jemaah disarankan untuk membawa dan menggunakan sejadah sendiri ketika mengerjakan solat di masjid dan surau.

Langkah ini diambil bagi mengurangkan sebarang risiko kejangkitan COVID-19 dalam kalangan Jemaah kerana sejadah yang tidak dibersihkan dengan sempurna 

kemungkinan boleh mengandungi kuman virus daripada individu yang telah menunaikan solat di tempat yang sama.

 

Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia