Covid-19 : Norma Baharu

Maklumat Setempat | 14 May 2020

Kita dimaklumkan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) , di mana sektor ekonomi telah beroperasi seperti biasa.

Kita mesti memainkan peranan yang besar di mana mesti membiasakan diri dengan norma baharu , iaitu sentiasa peka akan kebersihan diri apabila berada di luar.

Memakai topeng muka (mask) , sentiasa cuci tangan , memakai hand sanitizer serta menjaga penjarakan sosial dan juga jika kebiasaan tanda hormat kita iaitu bersalaman apabila berjumpa juga hendaklah digantikan dengan meletakkan tangan di dada dan mengucapkan salam sebagai tanda hormat.

Dengan membisakan dengan norma baharu ini , kita dapat memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Bersama sama kita memutuskan rantaian wabak Covid-19 , kerjasama dari semua amatlah penting.

Lindungi diri dan keluarga anda.