
Di sebalik kemudahan Internet, wujud sisi gelap yang cuba merampas keselamatan dan maruah kanak-kanak.
Melalui penguatkuasaan bersama Polis, tindakan tegas diambil tanpa kompromi.
Op Pedo 1.0 dan Op Pedo 2.0 membongkar jenayah tersembunyi, puluhan individu ditahan, ratusan ribu Bahan Penganiayaan Seksual Kanak-kanak (CSAM) dirampas, merentas pelbagai lokasi dan latar pelaku.
Ini bukan sekadar angka. Ini adalah mesej jelas, jenayah terhadap kanak-kanak tidak akan dibiarkan, dan pelaku akan dibawa ke muka pengadilan.
Maklumat lanjut mengenai ONSA boleh didapati di laman sesawang MCMC di https://mcmc.gov.my/en/onsa/home .